Setiap orang pasti mempunyai pengalaman hidup yang tak dapat dilupakan yang akan diingat sampai bila-bila. Mungkin pengalaman manis dan mugkin juga pengalaman pahit yang melekat dalam ingatannya. Bagi aku,salah satu peristiwa yang masih ada dalam memori ingatan aku ialah pengalaman dikejar seekor beruk.
Beruk ni bukan sebarang beruk,kalau ayu manje2 takpe la jugak tapi badan dia pun dah macam orang pergi gym.beruk ni merupakan pekerja jiran aku yang berkhidmat sebagai pemetik kelapa bertauliah. Kepakaran beruk ni memetik kelapa memang tidak dapat ditandingi oleh beruk-beruk lain di kampung aku.
yang ni muka ayu manje |
Pada suatu hari yang malang,aku dan 3 orang lagi kawan aku berjalan kaki ke surau untuk pergi mengaji. Satu-satunya jalan untuk sampai ke surau tersebut ialah berhampiran dengan ‘rumah’ beruk tersebut. Seperti kebiasaannya,kami akan menepuk-nepuk tangan dan menyergah beruk tersebut disusuli dengan ketawa apabila melihat si beruk marah. Entah macam mana pada hari itu beruk tersebut boleh terlepas dan mengejar kami. Tercapai jugak laa hajat si beruk tu nak membalas dendam pada kami. Tanpa berfikir 2 kali mahupun berkali-kali,kami lari tak cukup tanah untuk menyelamatkan diri kerana tahu bahaya sedang menghampiri.
Beruk punya beruk...penat aku dibuatnya!!tapi nasib menyebelahi kami kerana berjaya sampai ke surau lebih awal berbanding si beruk.pintu surau ditutup rapat bagi mengelakkan tetamu tidak diundang masuk dan menyerang kami. Setelah beberapa minit si beruk tersebut telah beredar dengan perasaan kecewa kerana tidak dapat membalas dendam.
Mulai dari hari itu,kami tidak lagi mengganggu kehidupannya...kami tidak lagi menyergahnya tetapi tidak pula terdetik di hati untuk mengambil beruk itu menjadi kawan kami. biarlah dia dengan dunia beruknya.
No comments:
Post a Comment